semuanya bermula pada 1/5/10, bonda dan suami ke melaka..nak visit anak bujang bonda kat smtmt. bonda keluar rumah jam 9.00am tapi nasib tak baik sangkut kat jem dari serdang sampai seremban. dari toll sg besi jam 9.45am, sampai seremban jam 11.45am. anak bonda dan sms bonda berkali-kali. kerana hubby yang pandu kereta, jadi bonda pun ambil kesempatan untuk melelapkan mata....best gila sbb jadi penumpang ni. sampai kat restaurant jejantas, bonda minta hubby singgah sekejap sbb nak beli nauget kat KFC....tapi punyalah ramai orang, bonda pun batalkan hasrat tu....tak larat nak beratur. bonda dan hubby pun teruskan perjalanan...malangnya sampai kat al farmosa tu kenderaan nak masuk ke toll air keruh dah bersusun....hubby pun buat langkah ciloknya....jam 12.30pm baru lepas toll air keruh.....sms anak bonda pun bunyinya dah give-up aja..maklumlah dah lama menunggu. nak pujuk hatinya, bonda pun sarankan dia pack pakaian kotornya kerana bonda nak hantar ke kedai dobi. sebelum sampai ke smtmt, bonda terperasaan tak ada kedai dobi yang buka...ALAMAK....masak bonda mcm ni...tapi mcm biasa lah bonda buat cool aja.
sampai kat smtmt, anak bonda dah menunggu dgn kekawannya dan bersamanya sebeg pakaian kotor yang nak di bersihkan. masa tu bonda gelap mata sikit...tapi bonda cool lagi. bonda pun hidangkan makanan untuk anak bonda ngan kekawannya...NASI LEMAK & NASIK GORENG KAMPUNG.....
masa mereka tengah makan tulah kepala bonda ligat memikirkan mcm mana nak selesaikan isu dobi ni.....nampak gayanya bonda kena stay kat melaka ni....tapi teringat lak betapa ramainya orang masuk melaka hari tu dan pastinya sukar nak cari hotel kosong.....bonda cuba dua tiga buah hotel tapi semuanya penuh.....akhirnya bonda teringat atlantis park kat bukit baru....bila call dia kata ada satu aja tinggal.....apa lagi bonda pun ngap ajalah.....
jam 3.00pm, bonda minta izin kat anak bonda untuk beransur ke hotel. sampai kat hotel, bilik belum dibersihkan lagi..kena tunggu jam 4.30pm. masa tu bonda pun tanya kalau2 hotel ada sediakan laundry, tapi malangnya tak ada kerana cuti umum. pas tu clerk tu cadangkan agar bonda beli sabun dan cuci sendiri....MACAM TULAH CERITANYA BERMULA KENAPA BONDA CUCI BAJU ANAK BONDA DI HOTEL.....
