Friday, December 2, 2011

RENDANG AYAM d'kaloi CT

Bahan:
1 ekor ayam (pilih yg cun) - potong 20
1 kilo santan (pilih yg segar)
3 batang serai (cari serai hijau - tumbuk)
6 butir bawang besar (3 di hiris & 3 ditumbuk)
10 biji cili api ( cari yg warna merah - tumbuk)
1 inci lengkuas (cari lengkuas putih - tumbuk)
6 butir bawang putih (3 hiris & 3 tumbuk)
5 biji cilik kering (cari yg warna merah cantik - tumbuk)
1 camca ketumbar (cari ketubmar bulat - tumbuk)
1 peket kerisik (cari yg segar & tak tengik)
3" halia (tumbuk & ambil airnya - pisahkan dari patinya)
2 sudu gula melaka (cicang)
1 helai daun kunyit (hiris)
1 helai daun limau purut (hiris)
3 sudu minyak masak
garam secukup rasa
serbuk perasa (kalau suka)

Cara memasak:
a. Perapkan ayam dgn serbuk kunyit & sedikit garam - biarkan 10 minit.
b. Panaskan minyak dan goreng ayam - 3/4 masak dan angkat - tos minyak.
c. Panskan minyak dan gorang bawang putih hingga garing,
d. Masukkan bayang besar dan tumis hingga garing.
e. Gaulkan semua bahan yang di tumbuk dan masukkan kedalam tumisan tadi dan tumis hingga
garing.
f. Masukkan kerisik dan gaul rata.
g. Masukkan gula melaka dan gaul rata.
h. Masukkan pati asam jawa dan gaul rata.
i. Masukkan air halia dan kacau rata.
j. Masukkan santan dan kacau....masukkan garam dan serbuk perasa.
k. Biarkan mendidih seketika dan rasa.
l. Masukkan ayam dan kacau perlahan.
m. Perlahankan api dan biarkan merenih perlahan.
n. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut, kacau rata.
o. Setelah yakin, matikan api dan biarkan seketika.
p. Hidangkan bersama nasi impit atau pulut atau lemang.
q. Makanlah bersama keluarga tercinta.


SELAMAT MENCUBA....Pasti menjilat jari ...tapi jgn sampai terlupa takut tergigit jari...heheheh

Saturday, April 23, 2011

Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2010 - 22/4/2011

Assalamualaikum pembuka bicara.....


21/4/2011 : Jam dah menunjukkan jam 11.00 malam. Aku masih terduduk di bangku mengadap laptop...mmenekan-nekan button key board tanpa tumpuan. Mata aku sebenarnya dah kelat sebab seharian ke sana ke mari menyiakan tugasan yang hampir2 tak terurus. Aku masih menunggu kepulangan anak bujang aku keran ada tugasan yang perlu aku lakukan untuk hari esok 22/4/2011. Jam 11.25 mlm Khairi anak aku sampai bersama suami aku Nazrin... Dengan wajahnya yang juga keletihan dia duduk di birai katil aku sambil menulis sesuatu di atas kertas yang aku berikan kepadanya... Selesai menulis, diserahkan pada aku untuk tugasan selanjutnya. Bermulalah tugasan aku menyiapkan cenderamata yang dibelinya di GODIVA outlet untuk guru2 kesayangannya di SMTMT, Melaka. Jam 12.45 selesai tugas aku. Teringat pulak pakaian untuk di pakai belum di gosok. Maklumlah esok awal pagi seawal jam 5.00 pagi dah nak bertolak ke Melaka. Aku pilih dress merah, inner hitam, tudung hitam dan selendang hitam. Maklumlah anak aku akan pakai baju melayu hitammya, bersongkok dan bersamping. Mata aku memang dah amat2 mengantuk. Sebelum tu aku dah pesan kat emak aku agar sedarkan aku jam 4.00 pagi...takut tak sedar maklumlah majils anak aku bermula jam 8.00 pagi...takut terlewat, lagipun kat KL ni jalan jem...takut tersangkut kat jem.


22/4/2011 jam 5.12pagi aku bertolak ke Melaka bersama anak aku yang masih liat matanya... Suami aku tak dapat turut sama kerana tak dapat kelepasan untuk cuti....maklumlah dia dah bercuti lama awal bulan...bukan cuti sebenarnya, tapi cuti sakit..masuk hospital. Hari masih terlalu awal pagi, jadi perjalanan aku amat lancar sekali. Jam 6.00 pagi, aku mampu melepasi toll Sungai Besi. Alhamdulillah sebab kesesakan jalan raya belum lagi bermula. Panduan kereta aku aku sasarkan pada kadaran 90km sahaja....tapi rasa mengantuk mata aku memang ketara....nak berhenti kat hentian sebelah, taku pula rasanya...macam2 bermain dalam fikiran aku. Nak henti kat Hentian R&R, dah terlepas lak...ada tak ada aku kuatkan radio....buka tingkap. Akak aku lena tahap gaban. Dahlah tu telinga pakai ear phone.....mana nak dengar kalau aku panggil pun. Keletihan sangatlah tu sebab semalam dia kerja shif petang sampai jam 9 malam. Jam 7.30 aku sampai kat Jejantas Air Keroh, aku nak berehat seketika...nak ke toilet and solat subuh. Aku bangkitkan Khairi...liat dan mencuka mukanya... Lepas solat, aku ajak anak aku minum untuk basahkan tekak tapi katanya dah tak larat nak buka mata lagi....nak biarkan dia dalam kereta seorang, tak sanggup rasanya, mcm2 boleh berlaku maklumlah khairi kalau tidur...tidur yang susah nak terjaga..... Aku minum saja air mineral yang aku bawa dan terus menuju ke Air Keroh. Kira2 2 minit nak sampai ke pintu pagar SMTMT, aku sedarkan Khairi. Mengeliat macam anak kecil lagaknya.....teringat 10 tahun yang lalu bila dia di kejutkan untuk ke sekolah. Masa tu dia di dalam darjah 1. Dia bersekolah di Sekolah Rendah Agama Al-Amin, Keramat. Tak sangka akan aku dapat masuk sekolah tu kerana proses kemasukannya agak ketat juga. Pengetahuan Islam dari ibu bapa adalah faktor utama kemasukan anak2 kesekolah itu. Alhamdulillah, mungkin rezeki Khairi dan dengan izin Allah, anak aku mendapat tempat di sekolah Al-Amin.


Memasuki pagar SMTMT, Khairi mengambil pas daripada pengawal dan aku terus memandu ke kawasan letak kereta yang telah di sediakan. Aku mengambil tempat yang berhampiran dengan pokok agar kereta aku tak terlalu panas...maklumlah mungkin majlis tu akan berlarutan hingga ke tengahari. Melaka kan terkenal dengan darjah kepanasan yang lebih tinggi berbanding dengan Selangor dan Kuala Lumpur. Khairi dengan perangainya yang tak pernah berubah. Dari awal sebelum memulakan perjalanan, aku dah ingatkan padanya barang2 yang dia kena bawa...tapi itulah kelebihan Khairi sentiasa mengatakan ya walaupun hakikatnya semuanya tak ada. Baru dia teringat, sikat tak bawa, minyak rambut tak bawa, perfume tak bawa. Apa lagi di mintanya aku memandu semula ke kedai berhampiran untuk dapatkan keperluannya. EEEmmmmm...itulah akan aku. Nasib baik ada 7 Eleven berhampiran.


Masa dah menunjukkan jam 8.05pagi. Aku bersama Khairi melangkah ke arah Dewan Bunga Raya. Kawan2 Khairi yang sama2 akan di raikan kelihatan turut menuju ke DBR. Khairi menemui kekawannya dan aku berjalan sendirian ke DBR untuk mendaftarkan diri. Memasuki Dewan Bunga Raya, tersentuh seketika hati aku. Teringat aku saat dan tikanya sewaktu aku mula menjejakkan kaki ke Dewan ini 2 tahun yang lalu. Masa aku mendaftarkan anak aku ke SMTMT. Memasukkan Khairi ke sekolah ini adalah pilihan dan paksaan aku kepada Khairi. Paksaan aku kepada suami aku untuk membenarkannya. Paksaan aku kepada seluruh keluarga suami ku yang kurang bersetuju. Yang perit sekali adalah paksaan aku terhadap anak aku sendiri iaitu Khairi untuk mematuhi. Teringat aku kepada segala keperitan dan kesengsaraan yang bukan saja aku alami malah terlebih hebat dilalui oleh Khairi. Teralu panjang untuk aku lalui rentetan peristiwa itu. Hanya kekuatan dan semangat serta sokongan yang mengekalkan keinginan aku untuk memberi masa depan yang berguna kepada anak aku.


Melewati baris2 kerusi yang disediakan di dewan tu, mengajak aku mengimbau setiap kenangan yang pernah hadir dalam diri aku. Imbauan kenangan selama 2 tahun Khairi di SMTMT sehinggalah pada hari ini di mana Khairi akan menjejakkan kakinya di pentas dewan ini untuk mengengam anugerah diatas kejayaannya di dalam SPM 2010. Aku bangga dengan apa yang telah aku lakukan walaupun terlalu banyak masa yang terpaksa aku korbankan. Aku tahu apa yang aku mahu dan apa kelebihan anak aku. tapi hakikatnya anak aku adalah anugerah yang paling berharga buat aku.


April 2009 aku bersama suami dan ibu menghantar anak ku Khairi mendaftarkan diri ke SMTMT. Berbagai perasaan bercampur gaul. Perasaan gembira berbaur dengan perasaan resah. Gembira kerana anak aku akhirnya berjaya memasuki ke Sekolah Teknik seperti yang di ingininya. Resah kerana anak ku tetiba menolak tawaran itu pada saat2 akhir. Berlakulah berbagai2 pemberontakan dalam dirinya hingga aku hampir putus asa. Aku luangkan masa di sejadah setiap kali aku di hujani dengan berbagai persoalan dari anak aku kerana keenggannya untuk ke SMTMT. Aku jadi keliru. Mulanya dia yang beria2 sangat untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah teknik. Bila permohonannya untuk memasuki sekolah teknik tidak berjaya, hatinya hampa dan meminta aku membuat rayuan. Atas dasar keinginan dan kesungguhannya, aku mula menghantar surat rayuan. Ternyata rayuan anak aku diterima dan sekolah yang menawarkannya ialah SMTMT. Hajatnya nak ke sekolah teknik Slim Rever iaitu sekolah di mana sepupu rapatnya Hazid mendapat tempat. Tapi nasib tak menyebelahi dirinya. Aku berjaya mendapatkan tempat di SMTMT melalui pertolongan seorang sahabat. Sebelum itu aku cuma mencari sekolah teknik mana yang mempunyai lakaran sejarah pendidikan yang cemerlang dan dari sumber2 yang banyak, mereka mencadangkan SMTMT. Di situlah mulanya pencarian aku.


Dewan Bunga Raya masih sunyi lagi. Hanya para petugas dan sebilangan ibu bapa dan anak2 saya yang baru sampai dan hanya memenuhi barisan pertama deretan kerusi yand disediakan maklumlah hari amsih awal lagi....biasalah budaya Malaysia yang masih kekal hingga hari ini...tunggu dan menunggu.... Aku mengambil tempat duduk di baris yang kedua kerana baris pertama di sediakan untuk persatuan PIBG sekolah. Melalui aturacara di kertas, masjlis akan bermula jam 9.00 pagi. Sekarang baru jam 8.20 pagi. Lama lagi.... perut aku sebenarnya kosong tapi nak keluar ke kantin amatlah malas untuk aku lakukan. Inilah aku...terlalu degil terhadap perut sendiri. Suka menyiksa perut.... nak buat macam mana, aku yang tak pernah mengutamakan diri sendiri....


Lamunan aku bersambung semula, maklumlah nak berbuat, tak ada sapa yang boleh aku bualkan...orang tak ada lagi kan...adalah dua tiga kerat tapi masing2 dengan pasangan masaing2, tak kan aku nak ganggu lak. Aku membelek2 kertas aturcara...hanis semua tulisan dapat aku baca dengan jayanya. Rasa mengantuk mula menerpa. Rasa lapar dan rasa dahaga bertukar2 acara. Aku pandang ke seluruh dewan. Terpanah pandangan aku kepada raut wajah anak aku yang sedang duduk bersama kekawannya. Terpancar rasa keriangan dalam dirinya. Barisan giginya kelihatan kerana gelak ketawanya ketika berserita dengan kekawannya. Teringat kepada 2 tahun yang lalu sewaktu aku bersamanya di dewan yang sama. Apa yang aku pandang hanyalah air matanya sampil rayuan kecil yang sentiasa keluar dari bibirnya..."ibu, ayie tak nak sekolah kat sini'....tolonglah ibu.....bawalah ayie balik ke kl semula....ayie janji akan jadi anak yang baik kalau ibu bawa ayie balik ke kl semula"....ayat yang tak henti2 di lafazkan anak aku. Semuanya boleh membuatkan hati aku lusuh dan luruh. Bila terpandangkan senyumannya kepada aku tika ini, aku tersedar dari lamunan aku telah melangkau jauh. Aku balas senyumannya. Ternyata dia bahagia dan gembira. Sebab itulah sewaktu Khairi meminta aku ke tempat kerjanya pada 21/4/2011 keran dia bercadang untuk menghadiahkan coklat GODIVA kepada bekas guru2 yang mengajarnya, aku akur walaupun aku tahu akan nilai belian yang terpaksa aku keluarkan. Mulanya aku sarankan dia untuk Famous Amos, tapi keinginannya untuk memberi yang terbaik untuk guru2 yang pernah berjawa padanya maka aku akur. Nilaian yang di berikan adalah lebih tinggi dari nilaian wang ringgit yang akan aku keluarkan.


Tepat jam 9.05pagi, majlis bermula apabila tetamu terhormat memasuki dewan. Baru aku tersedar yang Dewan Bunga Raya dah dipenuhi orang. Jauhnya aku mengelamun. Kami semua berdiri dan menyanyikan lagi Melaka Raya bersama2. Aku manalah tau liriknya tapi teknologi sekarang kan dan maju....ada skrin untuk aku tahu senikatanya. Ucapan demi ucapan dari mereka yang di undang. Peningkatan dalam pencapaian sekolah sehingga melepasi garis kelulusan yang dikeluarkan pihak kementerian. Alhamdullilah. Tiba masa di umumkan untuk penerima anugerah. Tiga hari sebelum tu aku ada melayari laman web SMTMT dimana penerima anugerah di minta menge-mailkan gambar masing2 untuk di gunakan masa anugerah nanti. Oleh kerana anak aku tinggal di Keramat dan jarang menggunakan internet, maka aku ambil gambar dia dari koleksinya dan e-mailkan ke pihak pentadbiran sekolah. Sewaktu anak aku di umumkan, aku rakamkan peristiwa itu untuk aku tunjukkan kepada suami aku bila aku pulang ke KL nanti. Bangga aku lihat anak aku melewatan pentas utama Dewan Bunga Raya. Gagah dan segak dengan baju melayu, bersamping dan bersongkok. Gambar yang aku kirimkan terpampang di skrin. Anak aku yang berjaya didalam peperiksan SPM ya yang mendapat 5A.


Selepas majlis penganugerahan, aku bersama ibu bapa dan guru2 serta penerima anugerah di jamu di perpustakaan sekolah. Masa nilah aku berpeluang berjumpa dengan guru2 yang pernah mengajar Khairi juga guru2 yang pernah beraktiviti bersama Khairi terutamanya aktiviti silat. Dalam masa yang sama, Khairi menitipkan cenderahatinya kepada guru yang telah mengajarnya di 5 ABM 2. Masing2 memuji kebaikan, ketampanan, kerajinan dan kemurahan hati Khairi selama mereka mengenali Khairi. Mereka amat bangga dengan kejayaan Khairi. Aku terharu sekali dengan pandangan mereka. Khairi di anggap anak yang baik, berbudi bahasa, ringan tulang, pandai dan rajin. Mereka bangga kerana mempunyai anak murid seperti Khairi. Masa berlalu terlalu cepat, aku dan Khairi terpaksa meminta diri kerana hari telah melangkaui tengahari. Sebelum pulang, aku sempat ke bilik Puan Dayang Halimah (Guru Konsular), yang banyak membantu aku menangani masalah Khairi di awal kemasukannya ke SMTMT. Lama juga aku bersembang dangan Puan Dayang. Penceritaan kami terkisar kepada penerimaan Khairi di awal persekolahannya di SMTMT dimana penentangan dan pemberontakan yang kuat dalam dirinya.


Bersama Puan Dayang Halimah, aku melayari setiap detik dan masa yang aku lalui. Saat pahit, manis, jerih dan huba yang di lalui. Aku ingin meghiasi perjalanan rentetan cerita itu melalui satu dari khas kerana ianya sangat2 berharga. Aku akan coretkan di lain masa untuk ruangan khas mengenai anak ku......TUNGGGGGGUUUUUUUuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..........................

Sunday, May 2, 2010

coretan 2-5-10

jam kat hp dah tunjuk angka 8.30am....malasnya nak bangun. letih sbb last night cuci pakaian kotor anak bujang den. apa boleh buat, smlm kan cuti hari buruh...kedai dobi tak buka, jadi kenalah bonda buat kedai dobi sendiri kat bilik hotel tu...ok juga kan...dah lama tak cuci tangan, maklumlah dah zaman moderen ni...masing2 dah guna mesin basuh.
semuanya bermula pada 1/5/10, bonda dan suami ke melaka..nak visit anak bujang bonda kat smtmt. bonda keluar rumah jam 9.00am tapi nasib tak baik sangkut kat jem dari serdang sampai seremban. dari toll sg besi jam 9.45am, sampai seremban jam 11.45am. anak bonda dan sms bonda berkali-kali. kerana hubby yang pandu kereta, jadi bonda pun ambil kesempatan untuk melelapkan mata....best gila sbb jadi penumpang ni. sampai kat restaurant jejantas, bonda minta hubby singgah sekejap sbb nak beli nauget kat KFC....tapi punyalah ramai orang, bonda pun batalkan hasrat tu....tak larat nak beratur. bonda dan hubby pun teruskan perjalanan...malangnya sampai kat al farmosa tu kenderaan nak masuk ke toll air keruh dah bersusun....hubby pun buat langkah ciloknya....jam 12.30pm baru lepas toll air keruh.....sms anak bonda pun bunyinya dah give-up aja..maklumlah dah lama menunggu. nak pujuk hatinya, bonda pun sarankan dia pack pakaian kotornya kerana bonda nak hantar ke kedai dobi. sebelum sampai ke smtmt, bonda terperasaan tak ada kedai dobi yang buka...ALAMAK....masak bonda mcm ni...tapi mcm biasa lah bonda buat cool aja.
sampai kat smtmt, anak bonda dah menunggu dgn kekawannya dan bersamanya sebeg pakaian kotor yang nak di bersihkan. masa tu bonda gelap mata sikit...tapi bonda cool lagi. bonda pun hidangkan makanan untuk anak bonda ngan kekawannya...NASI LEMAK & NASIK GORENG KAMPUNG.....
masa mereka tengah makan tulah kepala bonda ligat memikirkan mcm mana nak selesaikan isu dobi ni.....nampak gayanya bonda kena stay kat melaka ni....tapi teringat lak betapa ramainya orang masuk melaka hari tu dan pastinya sukar nak cari hotel kosong.....bonda cuba dua tiga buah hotel tapi semuanya penuh.....akhirnya bonda teringat atlantis park kat bukit baru....bila call dia kata ada satu aja tinggal.....apa lagi bonda pun ngap ajalah.....
jam 3.00pm, bonda minta izin kat anak bonda untuk beransur ke hotel.
sampai kat hotel, bilik belum dibersihkan lagi..kena tunggu jam 4.30pm. masa tu bonda pun tanya kalau2 hotel ada sediakan laundry, tapi malangnya tak ada kerana cuti umum. pas tu clerk tu cadangkan agar bonda beli sabun dan cuci sendiri....MACAM TULAH CERITANYA BERMULA KENAPA BONDA CUCI BAJU ANAK BONDA DI HOTEL.....

ok....esok cerita lain lak ....